INGIN KURUSKAN BADAN
DENGAN CEPAT DAN MUDAH?
BERIKUT ADALAH TIPS
UNTUK MEMBANTU ANDA KURANGKAN BERAT BADAN DI MALAYSIA.
1-10:
Nutrisi dan Diet Pemakanan
Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan
pemakanan.
1.
Makan
5-7 hidangan kecil berbanding
tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah
memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
2.
Jangan
skip hidangan. Ia
tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora
dan 2. metabolisma badan akan menurun.
3.
Kenali
keperlukan kalori seharian anda. Ramai
yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak
tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
4.
Roti
canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan
anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda
5.
Elakkan
kalori daripada minuman. Ini
adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman
bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula,
anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.
6.
Minum
air mineral. Air tidak
mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk
jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan
menambah takungan air badan anda.
7.
Jangan
makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun
buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula)
yang boleh menggemukkan.
8.
Segenggam
tangan karbohidrat. Samada
anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan
saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
9.
Pastikan
kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai
panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also
ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu
adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu
makan sudah datang, maka sudah terlewat.
11-20:
Senaman
Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang
menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda
mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
1.
Senaman
tidak wajib! Kalau anda ingin
mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu
mempercepatkan usaha anda.
2.
Angkat
berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan
anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia
membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus
pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
3.
Pentingkan
kualiti senaman. Senaman
bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti
senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman
anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
4.
Pastikan
anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika
anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan
anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
5.
Tak
perlu hari-hari. Jika
bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda
rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
6.
Inginkan
perut yang kempis? Crunches
dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi
dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha
anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
7.
Semanan
untuk toning? Lebih kurang macam
tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan
pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).
8.
Yoga
untuk kuruskan badan? Tak
juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman
kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
9.
Sauna
dan bilik steam room? Kedua-dua
boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda
mengunjunginya.
10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah
contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat
mengurangkan stres.
21-25:
Suplemen dan makanan tambahan
Jika digabungkan dengan diet dan senaman
asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda
kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
1.
Pil
cepat kurus? Tak kira di mana dan
harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa
gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
2.
Adakah
pembakar lemak berkesan? Secara
teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda
melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori
berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya,
jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
3.
Ingin
kurangkan 1kg? Anda
perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun
gabungan kedua-dua.
4.
Suplemen
protein merupakan pilihan
yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi
kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di
rumah.
5.
Dapatkan
suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan
micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda
mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya
hidup anda yang unik.
6.
Herbalife adalah contoh makanan pengganti
ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda
kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan
anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana
Sumber dari Kevin Zahri