BILA
HATI SUDAH HITAM....
Antara
tanda-tanda pada diri bila telah diselubungi penyakit hati...
1.
Gelisah walaupun tiada masalah.
2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.
3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.
4. Tidak amanah dan mungkir janji.
5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.
6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.
7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.
10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.
11. Menyampaikan ilmu dengan riak.
12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.
13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.
14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.
15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang).
16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.
17. Solat yang tidak khusyuk.
18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.
19. Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.
20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.
21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.
22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.
23. Suka bergosip dan menabur fitnah.
24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.
25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat. Membesarkan dunia serta
berangan-angan untuk dunia.
26. Pendendam.
27. Penting diri dalam semua hal.
28. Berpura-pura dan suka membodek.
29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.
30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.
Kesemua
sifat di atas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada
hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak,
jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak
mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik
kepada Allah dan makhlukNya.
Tanda Hati Hitam Yang Kita
Tidak Perasan (Awas)
Ketahui
tanda hati hitam. Kebaikan seringkali membuatkan hati seseorang manusia itu
tenang, manakala hati yang penuh keburukan akan menjadikan seseorang itu
gelisan dan tidak tenteram.
Pada
awalnya, setiap hati manusia itu adalah putih dan bersih, namun setiap kali
melakukan dosa akan tertinggal satu titik hitam dan kesan tersebut menjadi
bertambah banyak apabila melakukan lebih banyak dosa yang yang lain. Dan jika
tidak dibersihkan semula hati tersebut menjadi semakin hitam, keras serta tidak
takut melakukan apa-apa dosa lagi.
Imam
al-Ghazali pernah menyatakan bahawa tanda hati sudah mula hitam,
apabila berbuat dosa, kita tak rasa bersalah, hilang kemanisan beribadah dan,
hati yang tidak makan nasihat.
Petanda
Hati Sudah Menjadi Hitam
Terdapat
banyak petanda apabila hati seseorang sudah menjadi hitam, antaranya;
1
Meninggalkan Solat Tanpa Rasa Salah
Solat,
jika ditinggakan sekali sahaja, dosanya sudah sangat besar. Bahkan sedikit demi
sedikit cahaya keimanan akan ditarik sehinggalah dia tidak berasa apa-apa salah
lagi jika tidak bersolat. Apatah lagi jika tidak mendirikan solat banyak kali,
sudah pasti semakin berganda dosa yang diterima.
2
Tidak Gelisah Saat Tidak Melakukan Ibadah
Hati
yang mati adalah tidak merasa gelisah jika tidak melakukan apa-apa ibadah,
bahkan tidak menyesal dengan kesalahan yang dilakukan.
3
Tetap Tenang Walaupun Melakukan Dosa
Hati
yang hitam tetap akan tenang kerana dosa-dosanya telah menutup hati, dan dengan
itu mereka tidak berasa apa-apa kesalahan lagi. Bahkan tetap berasa tenang
tanpa gusar kerana sudah menjadi kebiasaan baginya.
4
Jauh Dari al-Quran
Hati
yang telah hitam tidak akan tersentuh atau terpengaruh dengan ayat-ayat suci
al-Quran, bahkan berpaling darinya. Berbeza dengan umat mukminin, hati mereka
akan bergetar jika mendengar atau membaca ayat-ayat al-Quran.
Firman
Allah;
“Maka
kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan al-Quran bahkan hati mereka sebenarnya
telah terkunci.”
(Muhammad
: 24)
5
Tidak Ada Masa Memikirkan Perkara Agama
Hati
yang hitam berasakan tidak perlu memikirkan soal agama dan masa yang ada
dihabiskan untuk melakukan hal lain.
Firman Allah :
“Mereka
itulah orang-orang yang hati mereka, telinga mereka dan mata mereka telah
dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(an-Nahl
: 108)
6
Berterusan Melakukan Maksiat
Hati
yang hitam adalah sahabat baik dalam hal yang berunsur maksiat. Ini kerana
tidak ada rasa takut dan bersalah dalam hati pemiliknya. Bahkan tidak terbuka
hati untuk mempercayai azab dan
balasan
atas perbuatan mereka.
7
Tidak Suka Mendengar Nasihat
Golongan
yang memiliki hati yang hitam ini sangat tidak gemar mendengar nasihat atau
kebaikan lain. Jika dengar pun, bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga
kiri.
8
Mudah Bersangka Buruk, Memfitnah dan Mengumpat
Dari
hati yang hitam itu akan lahir ke mulut dengan kata-kata yang buruk, begitulah
sebaliknya. Kata-kata itu adalah pernan penting menunjukkan hati seseorang.
Fitnah, mengumpat, mengeji itu dengan perlahan-lahan akan terus mematikan hati
seseorang.
9
Tidak Takut Peringatan Kematian dan Azab di Akhirat
Sebuah
hati yang telah mati, tidak akan melihat apa-apa peringatan bahkan tidak
memiliki sedikitpun rasa takut serta kesal. Disebabkan itulah mereka
berterusan melakukan dosa dan kesalahan.
10
Terlalu Cintakan Dunia
Hati
yang hitam sangat cintakan dunia dan melakukan apa-apa sahaja untuk memiliki
dunaiawi. Tidak takut dan ingat akan kematian dan tidak sedar dunia ini akan
berakhir kelak.
11
Tidak Terpengaruh Hatinya Dengan Pelbagai Ujian, Musibah Dan Cubaan
Hati
yang hitam sememangnya tidak pernah terpengaruh jika Allah menurunkan
ujian dan dugaannya. Baginya itu adalah satu musibah yang diikuti dengan
cercaan dan tidak pernah mengambil iktibar daripadanya.
Allah
SWT berfirman;
“Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik)
memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, dan mereka
tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?”
12
Tidak Pernah Bersyukur Kepada Allah
Jauh
sekali untuk bersyukur, tetapi lebih banyak mengeluh kesah dan merungut. Bahkan
sentiasa berasa tidak cukup dengan pemberian yang Allah SWT kurniakan
kepadanya.
13
Bermalas-malasan Dalam Mengerjakan Kebaikan
Selain
dekat dengan perbuatan dosa dan meremehkan kemaksiatan. Hati yang hitam
tidak kenal atau tidak tahu membezakan sesuatu hal yang ma’ruf dan munkar.
Bahkan tidak pernah mendekatkan diri dengan kebaikan dan kebajikan.
14
Membenci Orang Alim dan Para Ulama
Pemilik
hati yang hitam tidak menyukai golongan yang baik yang bertentangan dengannya.
Ini kerana mereka tidak menyukai perkara baik yang disampaikan seperti
kata-kata atau perbuatan yang baik serta ajakana melakukan kebaikan yang sangat
merimaskan baginya.
15
Berasa Tenang Dengan Kesusahan Orang Lain
Pendek
kata hati yang hitam ini sudah tidak ada apa-apa perasan yang menjurus kepada
simpata, kasihan serta empati terhadapa kesusahan orang lain. Perasaan hasad
dengki, cemburu, khianat lebih menguasai dirinya, bahkan apa yang penting
hanyalah kegembiraan dan kepuasan hatinya sendiri.
Cara Merawat Hati yang Hitam
Dalam
menangani hati yang hitam ini, Allah sentiasa membuka pintu kepada hamba-Nya
yang ingin pulang ke pangkal jalan. Dengan itu, hati yang hitam ini boleh
dibersihkan dan dirawat dengan diri sendiri yang mahu pulang kepada-Nya.
Selain itu, terdapat beberapa cara yang sesuai untuk membersihkan hati,
antaranya;
Membaca
al-Quran dan memahami maknanya
Seperti sabda Nabi SAW:
“Ketahuilah, dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal daging. Jika
segumpal daging itu baik, seluruh tubuh akan baik. Jika daging itu rosak,
seluruh tubuh juga akan rosak. Ingatlah, segumpal daging itu adalah sebuah
hati.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rujukan:
Bahagian
Dakwah, JAKIM
Cermah: Bila Hati Telah Hitam - Ustaz DUKE