KLIK SAHAJA....ON TERUS
Statistik Perkhidmatan Dalam Talian 2017
Dual Language Programme (DLP) Kursus Dalam Talian Untuk Guru Bahasa Melayu, Sains dan Matematik
Aplikasi Pengurusan Asrama Harian KPM (e-Asrama Harian)
Sistem Maklumat Penaziran (e-Nazir)
Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Guru Dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014
Sistem Keputusan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)
Sistem Pengurusan Sekolah
Sistem Permohonan Pelepasan Murid & Panduan Cuti Tanpa Rekod Guru Bagi Program Sukan
Sistem Program Transformasi Minda (PTM)
Sistem Profil Kerjaya Murid (SePKM)
Modul Pengurusan Murid (APDM)
Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS)
Sistem ePangkat
Sistem Maklumat Pendidikan Swasta (SMIPS)
Sistem eLaporan Bil
Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK)
Sistem Semakan Urusan Kenaikan Pangkat Secara Online
Semakan Senarai EFT dan Cek Batal
Modul Pengurusan Sekolah (eMIS)
Sistem Pengurusan Pertukaran Bukan Guru (e-Tukar Bukan Guru)
Sistem Pertukaran Guru (e-GTUKAR)
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM)
Sistem Pelaporan Isu Displin dan Pendidikan (e-PIDP)
Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISPPA)
Sistem Pengurusan Latihan (SPL KPM)
Portal Perpustakaan (OPAC) KPM
Modul Pengurusan Guru (e-Operasi)
Sistem Rancangan Pendidikan Individu (eRPI)
Sistem Modul Prestasi Pengurusan Guru (ePrestasi)
Sistem Data Dictionary Sektor Awam
Modul Pendaftaran Murid - Sistem Pendaftaran Atas Talian
SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR
Isnin, 17 April 2017
Isnin, 10 April 2017
Antara Amalan Khurafat Orang Melayu
Diantara Jenis-Jenis Amalan Khurafat Orang Melayu
1. Anggapan
sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan
kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi
bunga/Sintok limau dan Mandi Safar.
Islam
menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama
sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk
menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan
segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial.
2. Kepercayaan
kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi
makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat
tertentu.
Sesungguhnya
Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar
beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang
tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana
segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.
3. Ilmu seru
gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan jurus
kebatinan.
Islam itu
lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk
menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat
menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi
mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada
asalnya dari Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.
4. Jampi
serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami
maksudnya.
Para ulama berbeza
pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari
al-Qur’an dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak
mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Qur’an
mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami
maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan
jampi tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad
SAW, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta
keapad batu atau kayu dan sebagainya.
5. Mempercayai
percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang telah lalu
atau di masa akan datang.
Sebahagian
daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam Islam ialah
mempercayai tilikan dukun.
6. Memohon
dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam Islam
seperti kata-kata “Tabik Tok Nenek” ketika melalui sesuatu tempat atau “Minta
simpang Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini.
7. Penggunaan
tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang tsabit
dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci.
Pada
kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada
tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Maka
sebab itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.
8. Meletakkan
Ladam Kuda dipintu rumah dengan alas an boleh menghindari dari gangguan makhluk
halus.
9. Mengantung
isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan tulisan
yang bukannya ayat al-Qur’an atau sesuatu yang warid dalam agama.
10. Bersahabat
dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam badan
(menurun).
Islam amat
melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwin
dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat berbeza
sama sekali dengan manusia.
11. Mengamalkan
ilmu pengasih
Ilmu pengasih
atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan tujuan baik,
iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya
seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu sihir,
walaupun dengan menggunakan ayat al-Qur’an yang ditokok tambahkan dengan
kalimah-kalimah tertentu.
12. Perasapan
kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah dan
menjemput malaikat datang ke rumah.
Amalan yang
terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada malam Jumaat.
Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh para malaikat ataupun untuk
menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh
keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya
amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama
Hindu dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang
kemudharatan kepada pelakunya.
13. Meletakkan
air di dalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat “Air Malaikat”.
Sesungguhnya
Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah SWT daripada Nur atau cahaya yang
tidak pernah menderhakai Allah SWT walaupun mereka tidak mempunyai nafsu, tidak
makan, minum, tidur, berkahwin, beranak ataupun melakukan sesuatu yang
disebabkan nafsu. Maka bagaimana mungkin air boleh disediakan untuk minuman
para malaikat? Ini adalah disebabkan kejahilan tentang perkara agama.
14. Menganiaya
atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau.
Tujuan mereka
untuk menguji ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan dengan
seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak
milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat
layak diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT.
15. Pemakaian
susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau lainnya.
Merubah sesuatu
yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram. Seperti firman
Allah dalam Surah at-Tin, ayat 4 :-
“Sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan
berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)”.
16. Pemakaian
raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan tubuh badan atau untuk kuatkan
rangsangan seks.
Pemakaian raksa
boleh mengkategorikan sebagai merubah ciptaan Allah SWT dan amaln sihir, kerana
pemakaian raksa akan menyebabkan seseorang itu menjadi kuat, kebal, tidak penat
bekerja berat. Jampi serapah serta amalan tertentu diperlukan untuk
memasukkannya seperti pemakaian susuk.
17. Menggunakan
objek untuk menakuti jin.
Menggunakan
sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan takut kepada benda tersebut
ataupun bermain dengannya, seperti menabur beras kunyit di dalam rumah, menabur
kacang hijau atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka di rumah,
meletakkan sesuatu benda yang berduri di dalam rumah.
18. Kepercayaan
kepada kebolehan benda memberi mudharat dan manfaat.
Mempercayai
sesuatu objek boleh memberi mudharat dan manfaat seperti batu zamrud, kayu
koka, kemuning hitam, raja kayu, teras kilo dan buluh tumpat.
19. Kepercayaan
kepada tuah keranda.
Lari dibawah
keranda seseorang yang kita terlalu kasih supaya tidak teringat kepadanya.
Sebahagian dari
fahaman khurafat yang masih lagi menyelubungi umat Islam dalam masyarakat kita
ialah fahaman-fahaman seperti :-
Jangan makan
nasi di dalam periuk atau belanga nanti jadi fakir.
Jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki.
Jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki.
Rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai ke atas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan.
Jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki.
Jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki.
Rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai ke atas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan.
20. Menzalimi
binatang seperti amalan memindahkan penyakit kepada binatang atau menyihir
seseorang dengan menggunakan katak atau binatang lain.
Tindakan
menzalimi binatang dengan alasan untuk menyelamatkan manusia tidak dapat
diterima akal dan syarak, bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati
Allah SWT.
21. Kepercayaan
kepada kebolehan seseorang mendatangkan mudharat atau manfaat.
Mempercayai
seseorang wali, keramat atau seseorang seperti bomoh dan dukun boleh
mendatangkan kemudharatan ataupun manfaat.
22. Kepercayaan
kepada kejadian alam sebagai isyarat masa depan.
Mempercayai
sesuatu perkara atau bunyi yang berlaku ada kaitan dengan apa-apa perkara atau
kaitan dengan orang tertentu, seperti bunyi cicak atau burung, kucing atau
biawak melintas dalam perjalanan akan membawa malapetaka.
23. Membaca
ayat al-Qur’an secara songsang ataupun dihentikan pada tempat yang salah dari
segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan syarak.
Umpamanya
membaca surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan tujuan
perubatan atau untuk menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain. Amalan
ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah SWT, yang
mencela sikap golongan Yahudi yang mengubah-ubah ayat-ayat Allah di dalam
kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi sesat.
“Di antara
orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab
Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi
Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata Dalam hati): “Kami tidak akan
menurut”. (Surah an-Nisa, ayat 46)
24. Kepercayaan
kepada kebolehan wafaq.
Mempercayai
wafaq atau huruf Hija’iyah yang tertentu, yang tertulis sama ada secara rajah
ataupun tidak dan juga yang tidak dapat difahami maksudnya, dapat mendatangkan
sesuatu manfaat ataupun mudharat. Ini adalah sebahagian dari amalan sihir yang
menyesatkan. Apatah lagi jika dikaitkan dengan sesuatu fahaman dan iktikad
umpamanya boleh melariskan perniagaan, mendekatkan jodoh dan menghindarkan
penyakit.
25. Pengubatan
yang bercanggah dengan Islam.
Berubat dengan
kaedah yang salah dan haram disisi agama seperti menyembelih ayam jantan/hitam,
makan bara api, menilik di dalam air atau asap, menitik lilin di dalam air
untuk mengetahui sesuatu, mandi air najis, membuka, melihat dan menyentuh aurat
pesakit tanpa hajat, berdua-duaan dengan pesakit.
26. Pengubatan
dengan bahan harum.
Berubat dengan
menggunakan bahan-bahan yang haram. Misalnya najis, darah, nanah, air longkang,
kain lampin, tuala/modes wanita yang mengandungi kesan darah, sesuatu dari
cebisan tubuh badan manusia, seperti rambut, kuku, gigi dan tulang manusia.
27. Upacara
memanggil roh.
Mengadakan
upacara Tahdhirul Arwah, kononnya untuk memanggil roh-roh tertentu masuk
kedalam badan seseorang, seperti : memanggil roh Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani
dan sebagainya.
28. Pengubatan
tanpa sumber agama.
Berubat dengan
kaedah yang tidak ada asal usul dalam ugama seperti ilmu cungkil urat dengan
digaris-garis di hadapan jari kaki dan tangan yang diurut di atas sebuah papan
dengan menggunakan pisau tumpul, menggunakan pahat atau penukul. Kononnya sebagai
isyarat untuk memulihkan sendi atau uray yang sakit. Juga memaku paku di tiang
rumah untuk menghilangkan sakit gigi, menggunakan keris, pisau, pedang dan
gambar.
29. Pengubatan
oleh bomoh bukan Muslim.
Berubat dengan
bomoh bukan Islam, seperti : sami Hindu, sami Buddha, paderi Kristian dan tok
batin Orang Asli yang menggunakan kaedah kepercayaan terhadap agamanya ataupun
jampi serapah agamanya.
30. Mendakwa
diri sebagai seorang kasysyaf.
Mendakwa diri
sebagai seorang wali yang kasysyaf dan boleh melihat jin dan sebarang makhluk
halus dan boleh menyembuhkan sebarang penyakit.
31.
Mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik.
Seperti mesti
memberi benda tajam, atau bayaran yang berjumlah suku seperti dua ringgit suku
dan membawa pulut kuning dan telur berwarna.
Rujukan :
Menjana
Masyarakat Beraqidah – Himpunan Kertas Kerja Seminar Motivasi Masyarakat
Beraqidah Majlis Ilmu 2007, Cetakan Pertama : 2008, Diterbitkan oleh : Jabatan
Perdana Mentiri, NBD.
KESAN-KESAN
NEGATIF DARIPADA KEPERCAYAAN KHURAFAT
Kepercayaan
khurafat boleh membawa kepada kesan negatif kepada seseorang manusia. Khurafat
boleh menjadikan seseorang itu berlaku syirik kepada Allah swt kerana
mempercayai sesuatu atau ada kuasa yang lain daripada Allah Taala yang mampu
memberi pertolongan kepada mereka. Ini menyebabkan seseorang itu terkongkong
kerana pantang larang yang diamalkan serta menyekat kebebasan berfikir yang
mengakibatkan seseorang itu lemah dan mundur dalam segala hal.
Bahkan mereka
sanggup menghabiskan wang, tenaga dan membuang masa mereka dengan sia-sia.
Akhirnya perkara tersebut menyebabkan berlakunya huru hara dan perpecahan dalam
masyarakat kita.
CARA-CARA
MENGATASI ATAU MENGHAPUSKAN KEPERCAYAAN KHURAFAT
Untuk
membenteras dan menghalang dari berlakunya kepercayaan khurafat di kalangan
masyarakat hari ini usaha-usaha da’wah dan penerangan kepada semua peringkat
umat Islam perlu dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. Pihak yang
bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang
melakukan perkara khurafat iaitu dengan mengenakan hukuman yang berat serta
menghapuskan tempat-tempat yang menjadi tempat pemujaan mereka seperti
bina-binaan di atas kubur yang dianggap keramat.
sumber dari internet
Langgan:
Catatan (Atom)