Selasa, 6 Oktober 2015

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN JANUARI 2016

UNTUK PELAJAR PT3 TAHUN 2015
 KE PORTAL MOE PERMOHONAN KV DAN TEKNIK 2016
SYARAT UMUM PERMOHONAN
i. Warganegara
ii. Tingkatan Tiga Tahun 2015
iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
iv. Bebas daripada Penyakit Kronik

Isnin, 25 Mei 2015

PEMAKLUMAN TBBK BAGI URUSAN BERMULA JULAI 2015 SEHINGGA JUN 2016 (URUSAN SEMASA) DAN JULAI 2013 SEHINGGA JUN 2014 (URUSAN CICIR)

 Epangkat
SIARAN PEMAKLUMAN TBBK BAGI URUSAN BERMULA JULAI 2015 SEHINGGA JUN 2016 (URUSAN SEMASA) DAN JULAI 2013 SEHINGGA JUN 2014 (URUSAN CICIR) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BERMULA 25 MEI 2015 SEHINGGA 21 JUN 2015

2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Julai 2015 sehingga Jun 2016 (Urusan Semasa) dan Julai 2013 sehingga Jun 2014 (Urusan Cicir) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula25 Mei 2015 sehingga 21 Jun 2015.

Urusan ini terbuka kepada :
(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 Bagi Urusan Julai 2015 sehingga Jun 2016;
(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 Bagi Urusan Julai 2013 sehingga Jun 2014 (Urusan Cicir);
(c) Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi Urusan Julai 2015 sehingga Jun 2016; dan
(d) Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi Urusan Julai 2013 sehingga Mei 2014 (Urusan Cicir).

Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang dibuka bermula 25 Mei 2015.

Keterangan lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Siaran di bawah

Sekian
Keterangan Lanjut Mengenai Epangkat

Ahad, 29 Mac 2015

PELUANG KEPADA BEKAS PELAJAR SPM UNTUK MENDAPAT KEMAHIRAN


Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah mendapat perakuan pentauliahan daripada Jabatan Kemahiran Malaysia (JPK). ILPAPNT telah ditauliahkan bagi menawar, mentadbir dan mengekalkan mutu Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia bagi program-program berikut: 
• Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik - Satu Fasa 
• Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik - Tiga Fasa 
• Artis Multimedia - Pengarangan 
• Perekabentuk Multimedia - Pengarangan 
• Juruteknik Kanan Pra-Cetak 
• Juruteknik Rangkaian Komputer 
• Pembantu Jurutera Rangkaian 
• Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer 
• Juruteknik Pra-Cetak 
• Penyelia Pra-Cetak 
• Desktop Publishing 
• Rekaan Grafik 
• Artis DTP 
• Pereka Grafik 
• Pengeluaran Litografi Offset 
• Jurutera Litografik 
• Jurutera Litografik Kanan

Ahad, 8 Mac 2015

Permohonan UPU secara online untuk kemasukan ke universiti / Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) & Politeknik Premier bagi sesi akademik 2015/2016

Sistem Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier/Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti dan ILKA bagi program pengajian lepasan SPM/setaraf dan STPM/Matrikulasi KPM/Asasi/setaraf dibuka sehingga 06 April 2015, jam 4.00 petang
Untuk Pelajaran Lepasan STPM Dan SPM Jangan Berlengah lagi