Manusia busuk hati ni ada
kat mana2 jer uolss, kalau boleh weollss langsung tak nak mendekati diaorang
kann??? bimbang dan takut2 kalau2 kita pula bakal menjadi mangsa kebusukkan
hatinya. Tapi ada juga yang suka mendampingi mereka2 ni, tidak diketahui sama
ada akalnya pendek atau terlalu naif atau ada agenda tersembunyi, hanya Allah
yang tahu.
Ada orang cakap,
"Bau busuk bangkai binatang kita boleh hidu, bau busuk hati manusia, susah
kita nak hidu" dari pernyataan tersebut boleh kita simpulkan, untuk mengenal
manusia berhati busuk adalah amat sukar, namun dengan pengalaman hidup, ianya
tidak mustahil.
Uolss mesti tau kan
bahayanya manusia berhati busuk ni??? Ada pendapat mengaitkan busuk hati dengan
perasaan cemburu dan hasad dengki, yes it's true, manusia busuk hati memang
mudah berasa cemburu, cemburu dalam aspek negatif, ada cemburu yang positif di
mana ia membuatkan seseorang itu berusaha lebih gigih untuk menjadi lebih baik
daripada insan yang dicemburuinya.
Cemburu manusia busuk
hati menjurus kepada sifat hasad dengki dan seterusnya membawa kepada perbuatan
khianat, perbuatan khianat pula ada pelbagai jenis ok??? dari FITNAH, SABOTAJ,
MENGADU DOMBA, MELAGA2KAN ORANG dan banyak lagi cabang perbuatan khianat. Sebutkan
saja apa jenisnya, manusia2 yang busuk hatinya sanggup lakukan apa
sahaja asal hatinya puas melihat orang lain SUSAH, DIAIBKAN, KERUGIAN, DITIMPA
KECELAKAAN ATAU KEMALANGAN.
Mengenal manusia busuk
hati tidaklah sesukar mana, berdasarkan sedikit pengalaman hidup dan sedikit
kajian kita boleh mengenali atau mengesan adakah seseorang itu berhati busuk
atau tidak. Antara cara paling senang nak kenal manusia busuk hati
adalah dari cara pergaulan dan komunikasi mereka, kalau berbicara
mereka lebih gemar berbicara tentang orang lain, si fulan itu, si anu ini,
bicara tentang keburukan, kelemahan dan keaiban si fulan dan MEMPERSENDAKAN
orang lain. Pantang nampak orang didengkinya, mula keluar cerita dari A sampai
Z. Senang bahasa kita cakap MENGUMPAT dan MENGATA.
Orang lain rajin bekerja,
kita kata mereka nak menunjuk2, nak bodek boss, kalau nampak orang lain beli
kereta baru, rumah baru, kita tidak akan dengar mereka cakap "Untung si
fulan, Allah bagi rezeki kat dia, bila la turn aku pulak nak dapat rezeki macam
dia..." tapi yang akan kita dengar mungkin "Si fulan tu baru tukar
kereta, Honda pulak tu, pangkat sama dengan aku je tapi mampu pakai Honda, tu
tak de lain, kalau tak jual tanah pusaka, menang nombor ekor entah2 jual
dadah..."
If uols ada mengenali
mana2 individu sebegini, eloklah berhati2 berkawan dengan mereka, cuba fikir,
hari ini mereka mengata orang lain, esok lusa apa yang akan menghalan mereka
dari mengata dan mengeji diri weollss pulak??? If a person can talk bad
about other person, it is not impossible for them to talk bad about us as
well... *_^ wink... Kalau weollss sendiri memiliki sikap suka
MENGUMPAT dan MENGATA orang dalam proses komunikasi harian, eloklah cari
penawar hati dengan segera, cuba ubah sikap sedikit demi sedikit, banyak lagi
topik perbualan yang boleh kita borakkan dengan kengkawan selain dari bercakap
tentang orang lain.
Manusia busuk hati lebih
percaya kepada perkara2 syirik, tahyul dan khurafat dari percaya kepada Allah.
Percaya kepada bomoh atau popular masa kini orang panggil "mandrem".
Berani iolss katakan, mereka amat memerlukan bomoh dalam hidup mereka, dalam
keluarga mesti ada bomoh yang bertanggungjawab dalam melindungi diri mereka dan
keluarga mereka dan juga untuk tujuan membuat khianat atau membalas dendam. Ya,
memang ada bomoh hebat yang boleh santau orang, buat orang kena penyakit ganjil
dan macam2 lagi, nak tau kenapa mereka HEBAT??? Sebab syaitan tolong jayakan
usaha khianat dan salah satu salurannya ialah melalui kepercayaan manusia
terhadap perkara2 syirik, tahyul dan khurafat seperti ini.
Andai kata manusia2 busuk
hati ini ditimpa sakit atau bencana, dalam pemikiran mereka tidak ada benda
lain. "Ni mesti si anu yang buat khianat..." nak tahu kenapa???
Kerana manusia busuk hati meletakkan imej mereka sendiri pada diri orang lain,
selain dari percaya sesuatu yang berlaku itu dugaan dari Allah, mereka lebih
suka memikirkan ia adalah perbuatan khianat orang lain sebab itu yang akan
mereka lakukan kepada orang lain. Dah tentulah, sudah pasti manusia2 busuk hati
ini akan melakukan perbuatan khianat terhadap orang yang didengkinya dan
sekiranya mereka pula menimpa musibah, mereka akan menyangka ada orang
berdendam dengan mereka, walhal ia adalah dugaan dari Allah SWT.
Ingatlah, doa insan
teraniaya itu mudah dimakbulkan Allah SWT. Kita buat khianat terhadap
seseorang, kita sabotaj mereka dan bilamana mereka menimpa musibah dari apa
yang kita lakukan, maka mereka dikategorikan sebagai insan yang teraniaya.
Andai terdetik di hatinya yang merasakan mungkin ada orang membuat khianat
terhadapnya, lalu mereka mengerjakan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar
diberi petunjuk dan doanya dimakbulkan. Apa yang uolss tahu bakal menimpa diri
uols??? Manusia busuk hati tidak akan terfikirkan akan kemungkinan ini,
mereka hanya fikir "Ini mesti kerja dia sebab nak balas dendam dengan
aku..."
Manusia busuk hati selalu
takut dan tertiup dengan bayang2 sendiri, lebih2 lagi kalau mereka banyak buat
khianat kepada orang lain. Contoh ringkas, kereta
uolss calar dan ia dicalarkan oleh manusia yang busuk hati kepada uols, paling
teruk pun uolss merungut... "Tak guna betul, ni mesti budak2 nakal
calarkan kereta aku, teruk betul la diaorang ni..." dan dengan izin Allah
2-3 lepas tu keretan orang yang busuk hati kepada uols pula dicalarkan, cuma
kali ni keretanya betul2 dicalarkan oleh budak2 nakal, apa yang akan keluar
dari mulut mereka??? "Ini mesti kerja si fulan ni sebab hari tu aku
calarkan kereta dia..."... Nah, now uolss see tak, maksud iolss yang
manusia busuk hati ni selalu takut dan tertipu dengan bayang sendiri???
Bila hati dah busuk,
fikiran dan mental pun akan rosak dan gagal berfikiran positif, hidup siang
malam tak tenang, takut itu takut ini, takut ada orang nak balas dendam. Sebab
tu iols katakan, manusia busuk hati amat2 memerlukan bomoh untuk melindungi
diri mereka, ahli keluarga dan harta benda tanpa mereka sedar yang syaitan
sedang mentertawakan mereka.
Manusia busuk hati
mempunyai banyak idea untuk membuat khianat, kadang2 secara spontan mereka
boleh fikirkan cara tak perlu perancangan teliti. Peralatan untuk membuat
khianat sentiasa dibawa ke mana2 dan ada di mana2, paling ringkas mereka boleh
isi batu kecil ke dalam penutup tiub tayar motor/kereta untuk buat
khianat. Maka bila mangsa perbuatan khianat mereka dalam perjalanan
pulang, motor/kereta akan pancit dan berjayalah misi manusia busuk hati itu.
Nak buat macam mana lagi kann??? Dalam kepala asyik nak dengki dengan
orang saja. Tak boleh tengok orang senang sikit, tak boleh tengok orang lebih
sikit.
Kalau kita buat banyak
pemerhatian dan kajian, tambahan pula ada pengalaman menjadi mangsa atau
mungkin uolss sendiri pernah menjadi manusia busuk hati (choiii, mintak2
dijauhkanlah...), mungkin banyak lagi ciri2 yang boleh kita nampak pada
manusia2 busuk hati ni. Tak kira dari pelbagai bangsa dan agama. Tak kira di
mana2, di rumah atau di tempat kerja, di blog...mereka ini wujud, cuma kita
sedar atau tidak sahaja. AWAS mereka boleh menikam dari belakang dan
pandai bermuka2, perhatikan sekeliling uolss dari jiran tetangga hingga rakan
sekerja, jika ciri2 manusia busuk hati ada pada mereka, cubalah bantu mereka
MERAWAT HATINYA, tapi uolss perlu banyak bersabar dan bersedia menghadapi
apa2 kemungkinan kerana seperti sedia maklum, manusia busuk hati suka
membuat khianat.
Perlu diingat juga,
mereka pandai bersoaljawab walaupun terhadap perkara-perkara kebaikan, mereka
juga suka memandang rendah, memperlekeh pandangan dan nasihat orang lain,
mungkin anda pernah terbaca artikel "Kalau Allah itu Maha Baik, Mengapa
buat Neraka?". Kalau uolss tidak bersedia untuk membantu mereka, jauhkan
diri dari mereka, tapi dengan cara yang sopan dan lembut. Kalau uolss sendiri
adalah manusia busuk hati, carilah penawarnya, rawatlah hati uolss. Banyakkan
berdoa kepada Allah, banyakkan mendengar ceramah agama dan muhasabahlah diri
anda. Moga2 taklah jadi manusia busuk hati.
Sumber 1
Sumber 2
Sumber 1
Sumber 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan