KEWAJIPAN BERPUASA
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah
ayat 183 dan 185 )
"Wahai
orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke
atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Bagi orang-orang Islam yang beriman,
bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat
Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan
keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu
dan menghayatinya.
KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw
yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan
sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah
yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.
ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN
BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
- Pintu langit dibuka
- Pintu-pintu syurga di buka
FADHILAT YANG LAIN
- Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan
syurga
- Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya
oleh Allah SWT
- Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan
iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat
kelak
- Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah
Swt
- Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan
mahligai yang indah di syurga
- Setiap kali sujud orang yang berpuasa,
dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000
malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban
untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi
nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan
ramadhan, antaranya ialah:
- Solat sunat Tarawih
- Solat-solat sunat yang lain
- Bantu membantu sesama umat islam seperti
bersedekah dan seumpamanya
- Memberikan hidangan berbuka puasa
- Banyakkan membaca tahlil
- Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon
keampunan kepada Allah swt
- Banyakkan berdoa memohon syurga dan
perlindungan dari azab neraka
- Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan
adalah bulan kesabaran.
- Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan
maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala
ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita
berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut
orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa.
Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di
akhirat.