Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda
Yang
boleh diamalkan seperti berikut ;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak
1.0 AL-MUAWWIZAT
(PELINDUNG-PELINDUNG)
BACAAN
Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas
CARA
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayatayat Muawwizat sehingga selesai
(tidak termasuk
Membaca
Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas
kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak
Tanganseluruh
anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota
sulit
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
2.0 AYATUL KURSI
BACAAN
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia YangHidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak
mengantuk dan tidak tidur.
Kepunyaan Nya apa yang di langit dan dibumi.
Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di
Belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah
melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit
dan bumi.
Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah
Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)
CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekelilingmengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingirumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama adadidalam atau diluar rumah.
3.0 AYAT 1
HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
BACAAN
Terjemahan:
(1) Yaa Siin.
(2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamusalah seorang dari rasul-rasul,
(4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu)
yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi MahaPenyayang,
(6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7)Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadapkebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kamitelah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) kedagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9)
Dan Kami adakan di hadapanmereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup(mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
CARA
1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan)
sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah.
Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1-9.
Sambil baca, sambil berjalan menuju ke penjuru rumah satu lagi.
(Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula.
Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat
mendinding keskeluruhan bumbung rumah.
BACAAN
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku
berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi
Muhamad RasululLah.
CARA
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat).
Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan),
Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan kekiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup ke
bawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis
nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke 7),
baca ayat ini kemudian tarik nafas dan
tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
BACAAN
Dengan nama Allah,
yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi jugadilangit dan Dia
maha mendengar lagi maha mengetahui.
CARA
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya,
Atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu
perkerjaan yang berisiko
atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu
perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2.
Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat
ini, berehat dahulu.
Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaanlancar baru
teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan