Mamaku bersama Anakku semasa konvo
Mudah untuk mengatakan saya sayang ibu dan ayah saya. Adakah
dengan ungkapan sahaja sudah menunjukkan kasih dan sayang kita kepada ibu dan
ayah? Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Sesungguhnya kita semua sudah
mengetahui bahawa syurga itu di tapak kaki ibu, tapi sejauh manakah kita
menjaga syurga kita dalam hidup kita?
Ayah yang membanting tulang empat keratnya untuk membesarkan
kita sehingga kita berjaya menjadi manusia yang bekerjaya di dunia ini. Apa
balasan kita terhadap pengorbanannya? Terbayarkah kita setiap keringat yang di
keluarkan oleh ayah untuk melihat kita berjaya? Hargailah ibu dan ayah
selayaknya. Balaslah setiap pengorbanan mereka dengan kasih dah sayang kita.
Biar setinggi mana pun kejayaan kita hargailah mereka yang
berkorban untuk kita. Bagaimana anda menghargai ibu dan ayah anda? Jadikanlah
panduan ini untuk anda menyayangi insan yang bernama ibu dan ayah.
1. Lemah-Lembut Semasa Berbicara
Apabila manusia semakin berumur mereka lebih sensitif dalam
setiap perkara. Lidah umpama belati yang tajam menghiris setiap hati manusia
dengan kata-kata. Pastikan setiap bicara kita lemah-lembut apabila berhadapan
dengan ibu dan ayah kita yang semakin berusia.
2. Gembirakan Hati Mereka
Semasa kecil, ibu dan ayah sentiasa memenuhi permintaan kita
dengan harapan kita gembira. Balaslah jasa mereka dengan menggembirakan hati
mereka. Tidak perlu duit beribu ringgit cukuplah kita prihatin dengan keperluan
mereka. Gembira di sini terlalu banyak konteks yang boleh dibincangkan. Secara
mudahnya, usah sesekali mengguris hati mereka.
3. Doakan Ibu Bapa
Doa merupakan senjata orang mukmin. Biar jauh beribu batu tapi
jangan lupa mendoakan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat Doa juga pengikat
kasih sayang antara ibu, ayah dan anak-anak. Ibu bapa bukannya mahukan wang
ringgit, mereka cuba mahukan perhatian. Jika kita tidak dapat melihat mereka
selalu, hantarkan doa pada mereka pada bila-bila masa. Lebih afdal, setiap kali
selepas solat, titipkan doa untuk mereka.
4. Hubungi Mereka Walau Di mana Kita Berada
Hubungilah ibu dan ayah anda sekerap yang mungkin. Mengambil
berat tentang mereka adalah tanggungjawab setiap anak. Gunakan kemudahan
teknologi yang ada sekarang untuk menghubungi mereka.
Hargailah ibu dan ayah anda. Tanpa mereka siapalah kita.
Cintailah mereka tanpa syarat,kerana kelahiranmu di dalam hidup mereka juga
tidak bersyarat. Berkat kehidupan kita dengan redhanya kedua ibu bapa kita.
5. Hargai Mereka Pada Hari Lahir Kita
Biasanya, ramai orang menyambut ‘birthday’ dengan kawan-kawan.
Jarang kita dengar ada yang hubungi ibu yang melahirkan kita. Ramai yang
berseronok dengan kawan-kawan sehingga melupakan orang yang meraung kesakitan
ketika melahirkan kita. Percayalah, setiap ibu akan menunggu anak-anak
mengucapkan “Terima kasih mak” pada hari lahir anak-anaknya.
6. Peluk Dan Cium Ibu Bapa Selalu
Semakin mereka bertambah usia, semakin sensitif. Mahupun luaran
tidak menunjukkan mereka ingin dipeluk dan disayang, ibu-bapa mahukan kasih
sayang anak-anak yang semakin menjauh. Rumah yang pada masa dahulu penuh dengan
hilai tawa, semakin suram. Anak-anak yang jarang melawat membuat mereka semakin
terasa keseorangan. Pelukan dari cucu tidak sama dengan pelukan anak sendiri.
Anda anda rasa sebak bila memeluk orang yang bertanggungjawab melahirkan kita.
7. Bawa Mereka Melawat Saudara Mara Dan Kawan Lama
Usah ingat mereka tidak mahu melihat dunia luar. Jangan salah
tafsir di sini. Mereka bukannya mahu di bawa ke Langkawi atau Kota Kinabalu
untuk bercuti hujung minggu atau semasa musim cuti sekolah. Bagi mereka, itu
sudah lama berlalu. Jauh di sudut hati mereka, ibu-bapa mengharapkan anak-anak
membawa mereka melawat saudara mara yang sudah lama tidak ketemu. Mereka
dambakan pertemuan dengan kawan-kawan lama sekolah mereka, lebih-lebih lagi
yang 20-30 tahun tidak berjumpa.
Mereka ingin mengimbau tempat mereka membesar, sekolah mereka
belajar dan tempat mereka mula-mula memulakan kehidupan sebelum kelahiran
mereka. Permintaan ini jarang dizahirkan oleh mereka. Semoga anak-anak lebih
memahami kehendak ibu-bapa ini.
Sumber: siraplimau.com
Kenangan Bersama Mamaku sebelum pergi buat selama-lamanya dari Aku.
Al Fatihah Buat Mamaku. Pada Tanggal 19 November 2018 perginya tak kembali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan