Kesan Cuti Tanpa Gaji Dalam Perkhidmatan Awam
Ada segelintir rakan kita bercadang untuk
mengambil cuti tanpa gaji, tapi sebelum itu kita perlu tahu dahulu apakah
kesan apabila kita mengambil cuti tanpa gaji ini.
Perkara ini telah dijelaskan dalam Pekeliling Cuti
Tanpa Gaji yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
Kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti
Tanpa Gaji
adalah seperti berikut:
(a) tidak layak menerima gaji pokok bulanan, imbuhan
tetap dan elaun- elaun lain kecuali peraturan yang berkuat kuasa menyatakan
sebaliknya. Walau bagaimanapun, bagi Cuti Sakit Lanjutan secara tanpa gaji,
pegawai layak menerima Elaun Bantuan atas kadar bersamaan separuh gaji pokok
(tidak termasuk imbuhan tetap dan elaun-elaun lain);
(b) tidak layak menerima kemudahan tertentu mengikut peraturan
yang berkuat kuasa kecuali kemudahan perubatan;
(c) tempoh percubaan pegawai akan dibekukan mengikut
tempoh Cuti Tanpa Gaji jika pegawai belum disahkan dalam perkhidmatan;
(d) layak dipertimbangkan menduduki PTK mengikut syarat
yang berkuat kuasa;
(e) tidak layak dipertimbangkan PGT jika tempoh Cuti
Tanpa Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali bagi pegawai
yang diluluskan:
(i) Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
(ii) Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan Bertugas Atau
Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negeri; (Yang ni ada
Pekeliling Baharu)
(iii) Cuti Menjaga Anak; atau
(iv) kombinasi mana-mana cuti di (i), (ii) dan (iii) di
atas.
Walau bagaimanapun, pergerakan gaji yang diberi kepada
pegawai di perenggan (i), (ii), (iii) dan (iv) adalah secara isyarat dan
tertakluk kepada had sebanyak tidak melebihi tiga (3) kali sepanjang
perkhidmatan. Setelah pegawai mendapat PGT secara isyarat sebanyak tiga (3)
kali tersebut, tiada lagi Pergerakan Gaji secara isyarat dipertimbangkan bagi
tempoh Cuti Tanpa Gaji yang diluluskan seterusnya;
(f) tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan bagi pegawai
yang sedang memangku;
(g) tidak layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja bagi
pegawai yang sedang menanggung kerja;
(h) tidak layak dibayar Bayaran Insentif Pakar atau
Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam bagi Pegawai Perubatan yang diwartakan
sebagai Pakar Perunding atau Pakar Klinikal atau diwartakan sebagai Pegawai
Kesihatan Awam mengikut mana yang berkenaan;
(i) tidak layak dibayar BIPK dan BISP;
(j) terikat dengan ikatan kontrak bagi pegawai yang CBTG
untuk berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh yang ditetapkan atau tuntutan
ganti rugi jika melanggar syarat perjanjian;
(k) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira sebagai
tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat
tahunan, Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang diberi berdasarkan tempoh
perkhidmatan yang melayakkan;
(l) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira untuk tujuan
kekananan kecuali pegawai diluluskan CBTG;
(m) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika telah
memenuhi syarat yang ditetapkan;
(n) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira sebagai
sebahagian daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi
tujuan pemberian taraf berpencen;
(o) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira sebagai
tempoh perkhidmatan bagi tujuan pengiraan ganjaran, pencen dan faedah-faedah
lain;
(p) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira bagi tujuan
tempoh notis peletakan jawatan;
(q) tidak layak dibayar Bantuan Sara Hidup atau Bayaran
Insentif Wilayah; dan
(r) Cuti Tanpa Gaji yang diluluskan kerana mengikut
pasangan bertugas atau berkursus di dalam atau di luar negeri dan Cuti Menjaga
Anak tidak menjejaskan kelayakan Cuti Tanpa Gaji
di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C 1974.
Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji
tidak
menjejaskan status pegawai sebagai penjawat awam. Pegawai
tertakluk kepada
peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
SALAM BUAT RUJUKAN..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan