Definisi wasiat dalam perspektif Islam
RAMAI
dalam kalangan kita menganggap wasiat adalah sesuatu yang tidak penting. Ini
kerana rata-ratanya berpandangan pembahagian harta pusaka adalah terhad untuk
waris-waris dan dibahagi melalui kaedah faraid sahaja.
Perlu
difahami, para fuqaha telah bersepakat bahawa wasiat kepada ibu bapa dan kaum
kerabat adalah wajib bagi orang yang mempunyai harta. Ia berdasarkan firman
Allah SWT yang bermaksud: “Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir
mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu
bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai
suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 180)
Wasiat
sebenarnya adalah ikrar atau pengakuan seseorang untuk menyempurnakan
pengagihan harta selepas kematian kepada bukan waris dan ahli waris yang
terlindung daripada menerima harta pusaka.
Kadar
harta yang boleh diwasiatkan adalah sebanyak satu pertiga daripada baki harta
selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan. Manakala, dua
pertiga daripada harta pewasiat adalah merupakan hak ahli waris untuk
dibahagikan secara faraid.
Walaupun
hukum berwasiat merupakan satu perbuatan sunat yang digalakkan, namun hukum
berwasiat juga boleh berubah mengikut situasi seperti berikut:
Wajib
Wasiat
menjadi wajib apabila seseorang mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan
terutama yang berbentuk ‘hak ALLAH’ seperti zakat, kafarah dan haji yang
dibimbangi tidak dapat ditunaikan sekiranya tidak diwasiatkan kepada seseorang
untuk melaksanakannya. Begitu juga tanggungjawab berkaitan hak manusia seperti
mempunyai harta yang diamanahkan kepadanya dan hutang yang belum diselesaikan.
Haram
Wasiat
menjadi haram apabila seseorang mewasiatkan sesuatu perkara yang diharamkan
oleh syarak atau bertujuan untuk memudaratkan ahli waris.
Harus
Wasiat
menjadi harus jika dibuat kepada orang kaya sama ada daripada kaum kerabat atau
mana-mana pihak dengan tidak mempunyai tujuan tertentu. Jika wasiat itu
bertujuan untuk melakukan kebajikan dan menghubungkan tali silaturahim, maka ia
menjadi sunat.
Makruh
Wasiat
menjadi makruh jika pewasiat mempunyai harta yang sedikit namun pada masa yang
sama mempunyai waris yang miskin yang sangat memerlukan harta. Demikian juga
adalah tidak wajar memberikan wasiat kepada orang fasik atau orang yang sering
melakukan maksiat
kerana
dibimbangi pemberian wasiat itu akan meningkatkan lagi kecenderungannya untuk
melakukan maksiat.
Kerana
harta dunia, manusia boleh jadi kurang waras, gelap mata dan bermasam muka
sesama sendiri. Ada yang sanggup putus saudara. Ya, hanya kerana harta. Oleh
sebab itu pentingnya meninggalkan wasiat selagi hayat masih ada.
Kepentingan hibah harta pusaka dalam
islam
Sering
kali kita dipaparkan dalam drama melayu yang
memaparkan konflik keluarga melibatkan wasiat. Konflik terjadi akibat
tidak merancang dan memikirkan apa yang berlaku pada masa akan datang termasuk
membabitkan kematian sehingga mencetuskan konflik keluarga.
Paling
teruk, berlakunya perpecahan dan perbalahan dalam keluarga. Ada kes isteri
ditinggalkan sehelai sepinggang kerana harta suami jatuh kepada keluarga mertua
apabila pembahagian harta secara faraid digunakan.
Kebanyakan
konflik harta pusaka ini berpunca daripada perebutan dan kelemahan mengenal
pasti siapa pewaris berpotensi untuk melakukan tuntutan.
Penulisan wasiat harta pusaka dapat
mengurangkan konflik
Amat
penting masyarakat sekarang menguasai aspek pengurusan harta pusaka kerana ia
sangat kompleks untuk difahami secara teori dan praktikal. Walau bagaimanapun,
ilmu pewarisan harta pusaka dalam Islam wajib difahami supaya setiap yang masih
hidup tidak termakan harta yang batil.
Perkara terbaik yang boleh
anda lakukan adalah merancang pembahagian aset kepada siapa yang ingin
diberikan dan berapa banyak yang akan diagihkan.
Masyarakat perlu tahu
membezakan pelbagai instrumen membabitkan harta pusaka, antaranya memahami
bahawa hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa had.
Wasiat perlu digunakan untuk pembahagian harta pusaka kepada waris
dan bukan waris serta terhad kepada satu pertiga daripada harta pusaka.
Manakala faraid pula merupakan pembahagian harta pusaka khusus untuk waris
sahaja.
Hibah sememangnya sangat penting lebih-lebih yang melibatkan
mereka yang mempunyai pelbagai jenis harta pusaka seperti hartanah, rumah dan
wang.
Pengurusan harta pusaka
tanpa wasiat merupakan satu proses yang sangat panjang dan memakan masa. Proses
yang panjang ini boleh menjangkau sehingga 3 hingga 5 tahun dan sudah tentu ia
menyebabkan kos yang tinggi.
Masih ramai orang Islam
yang menganggap hibah adalah perkara yang tidak begitu penting. Masih ramai
lagi orang Islam yang tidak membuat persiapan menulis hibah kerana beranggapan
urusan harta diletakkan di bawah faraid sahaja. Sedangkan membuat wasiat adalah
perkara yang amat digalakkan dalam Islam.
Orang ramai perlu ada
kesedaran akan kepentingan pengurusan harta pusaka. Pemilik harta pula perlu
memastikan harta yang ditinggalkan kelak tidak akan menyusahkan dan membebankan
waris untuk menguruskannya.
Perbezaan wasiat
dan faraid:
1
- Pembahagian faraid ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran manakala pembahagian
wasiat tidak melebihi sepertiga daripada jumlah harta.
2 - Hukum faraid berlaku selepas kematian si
waris manakala wasiat dilakukan ketika hidup dan berkuat kuasa selepas pewasiat
meninggal.
3
- Hukum faraid yang menentukan kaedah agihan harta pusaka si mati kepada ahli
waris yang berhak menerimanya, manakala wasiat boleh diagihkan kepada orang
lain sekalipun bukan waris.
Berdasarkan
penerangan di atas, perlu difahami bahawa pelaksanaan wasiat adalah berbeza
dengan faraid. Terdapat ruang yang disediakan untuk kita menginfakkan
sebahagian harta kepada individu-individu yang tidak termasuk dalam senarai
pembahagian faraid dengan syarat tidak melebihi sepertiga daripada harta
pusaka.
Justeru
itu, dengan adanya instrumen wasiat, kita mampu membantu golongan yang tidak
berkemampuan sekalipun kepada golongan yang bukan waris seperti anak angkat,
fakir miskin atau jiran tetangga.
Lantaran
sifat wasiat yang fleksibel, ia juga membuka ruang kebajikan kepada golongan
yang berkemampuan untuk membantu individu-individu yang dalam kesusahan bagi
memperoleh ganjaran pahala di akhirat kelak.
Kesan melengahkan penyediaan wasiat & mati tanpa
berwasiat.
Kesan yang mungkin
timbul adalah seperti berikut:
1. Waris bertelingkah tentang siapa yang patut mentadbir harta.
2. Tiada siapa yang mahu mendahulukan wang pembayaran bagi
pentadbiran harta pusaka.
3. Kos guaman yang tinggi.
4. Pertikaian tentang pembahagian harta dalam kalangan
waris-waris.
5. Penyelewangan harta oleh pentadbir yang melibatkan harta anak
bawh umur atau harta anak yatim.
6. Hak harta sepencarian bagi suami atau isteri si mati tidak
kesampaian.
7. Harta yang diletakkan di bawah nama pemegang amanah
disembunyikan.
8. Senarai harta tidak lengkap.
9. Senarai waris tidak lengkap.
10. Cukai pendapatan si mati diabaikan dan tidak dibayar
11. Harta terbeku
12. Hubungan silaturahim dalam kalangan waris renggang.
13. Berlaku kes saman-menyaman dalam kalangan waris.
14. Berlaku kes pilih kasih dalam kalangan waris.
15. Berlaku kes konflik kepentingan (conflict of interest) bagi
pentadbir.
16. Harta pusaka dijual di bawah harga pasaran.
17. Waris-waris tidak memberi kerjasama.
18. Senarai penghutang dan pemiutang tidak lengkap.
19. Nazar atau pesanan pewasiat secara lisan dipertikaikan.
20. Kedudukan pewaris dan kuasa pentadbir dipertikaikan.
21. Pembahagian harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP dan
Tabung Haji dipertikaikan.
22. Waris berpecah belah antara satu sama lain.
23. Waris yang tidak tahu di mana dokumen penting seperti geran
tanah disimpan.
24. Zakat harta tidak ditunaikan.
25. Harta dilelong oleh bank atau pihak berkuasa,.
26. Kes pusaka melarat sehingga dua atau tiga generasi (pusaka
berlapis).
© 2018
Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Artikel Penuh
: https://www.sinarharian.com.my/article/11851/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Definisi-wasiat-dalam-perspektif-Islam
Dan
Rubiahkadir.com
Dan
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Va
ria&pg=va_03.htm#ixzz3XRQgiY15
Dan
http://notawarisanpusaka.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan