Ahad, 15 Februari 2015

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (PKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI JUN 2014 SEHINGGA JUN 2015 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Yang Ditunggu-tunggu Telah Tiba Untuk Para Guru Semua
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Jun 2014 Sehingga Jun 2015Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 16 Februari 2015 sehingga 8 Mac 2015.

Urusan ini terbuka kepada :
(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 Bagi Urusan Januari 2015
     hingga Jun 2015;
(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 Bagi Urusan Julai 2014
     hingga Disember 2014 (Urusan Cicir);
(c) Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi Urusan Januari 2015 Hingga Jun 2015;
(d) Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi Urusan Jun 2014 hingga Disember 2014 (Urusan Cicir)

Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan yang dibuka bermula 16 Februari 2015.