Isnin, 25 Mei 2015

PEMAKLUMAN TBBK BAGI URUSAN BERMULA JULAI 2015 SEHINGGA JUN 2016 (URUSAN SEMASA) DAN JULAI 2013 SEHINGGA JUN 2014 (URUSAN CICIR)

 Epangkat
SIARAN PEMAKLUMAN TBBK BAGI URUSAN BERMULA JULAI 2015 SEHINGGA JUN 2016 (URUSAN SEMASA) DAN JULAI 2013 SEHINGGA JUN 2014 (URUSAN CICIR) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BERMULA 25 MEI 2015 SEHINGGA 21 JUN 2015

2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Julai 2015 sehingga Jun 2016 (Urusan Semasa) dan Julai 2013 sehingga Jun 2014 (Urusan Cicir) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula25 Mei 2015 sehingga 21 Jun 2015.

Urusan ini terbuka kepada :
(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 Bagi Urusan Julai 2015 sehingga Jun 2016;
(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 Bagi Urusan Julai 2013 sehingga Jun 2014 (Urusan Cicir);
(c) Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi Urusan Julai 2015 sehingga Jun 2016; dan
(d) Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi Urusan Julai 2013 sehingga Mei 2014 (Urusan Cicir).

Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang dibuka bermula 25 Mei 2015.

Keterangan lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Siaran di bawah

Sekian
Keterangan Lanjut Mengenai Epangkat