Isnin, 4 Oktober 2021

 

Kesan Cuti Tanpa Gaji Dalam Perkhidmatan Awam 

Ada segelintir rakan kita bercadang untuk mengambil cuti tanpa gaji, tapi sebelum itu kita perlu tahu dahulu apakah kesan apabila kita mengambil cuti tanpa gaji ini.
 
Perkara ini telah dijelaskan dalam Pekeliling Cuti Tanpa Gaji yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
 
Kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Tanpa Gaji
adalah seperti berikut:
 
(a) tidak layak menerima gaji pokok bulanan, imbuhan tetap dan elaun- elaun lain kecuali peraturan yang berkuat kuasa menyatakan sebaliknya. Walau bagaimanapun, bagi Cuti Sakit Lanjutan secara tanpa gaji, pegawai layak menerima Elaun Bantuan atas kadar bersamaan separuh gaji pokok (tidak termasuk imbuhan tetap dan elaun-elaun lain);
 
(b) tidak layak menerima kemudahan tertentu mengikut peraturan yang berkuat kuasa kecuali kemudahan perubatan;
 
(c) tempoh percubaan pegawai akan dibekukan mengikut tempoh Cuti Tanpa Gaji jika pegawai belum disahkan dalam perkhidmatan;
 
(d) layak dipertimbangkan menduduki PTK mengikut syarat yang berkuat kuasa;
 
(e) tidak layak dipertimbangkan PGT jika tempoh Cuti Tanpa Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali bagi pegawai yang diluluskan:
 
(i) Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
(ii) Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan Bertugas Atau
Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negeri; (Yang ni ada Pekeliling Baharu)
(iii) Cuti Menjaga Anak; atau
(iv) kombinasi mana-mana cuti di (i), (ii) dan (iii) di atas.
 
Walau bagaimanapun, pergerakan gaji yang diberi kepada pegawai di perenggan (i), (ii), (iii) dan (iv) adalah secara isyarat dan tertakluk kepada had sebanyak tidak melebihi tiga (3) kali sepanjang perkhidmatan. Setelah pegawai mendapat PGT secara isyarat sebanyak tiga (3) kali tersebut, tiada lagi Pergerakan Gaji secara isyarat dipertimbangkan bagi tempoh Cuti Tanpa Gaji yang diluluskan seterusnya;
 
(f) tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan bagi pegawai yang sedang memangku;
 
(g) tidak layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja bagi pegawai yang sedang menanggung kerja;
 
(h) tidak layak dibayar Bayaran Insentif Pakar atau Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam bagi Pegawai Perubatan yang diwartakan sebagai Pakar Perunding atau Pakar Klinikal atau diwartakan sebagai Pegawai Kesihatan Awam mengikut mana yang berkenaan;
 
(i) tidak layak dibayar BIPK dan BISP;
 
(j) terikat dengan ikatan kontrak bagi pegawai yang CBTG untuk berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh yang ditetapkan atau tuntutan ganti rugi jika melanggar syarat perjanjian;
 
(k) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat tahunan, Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan;
 
(l) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira untuk tujuan kekananan kecuali pegawai diluluskan CBTG;
 
(m) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika telah memenuhi syarat yang ditetapkan;
 
(n) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi tujuan pemberian taraf berpencen;
 
(o) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan bagi tujuan pengiraan ganjaran, pencen dan faedah-faedah lain;
 
(p) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira bagi tujuan tempoh notis peletakan jawatan;
 
(q) tidak layak dibayar Bantuan Sara Hidup atau Bayaran Insentif Wilayah; dan
 
(r) Cuti Tanpa Gaji yang diluluskan kerana mengikut pasangan bertugas atau berkursus di dalam atau di luar negeri dan Cuti Menjaga Anak tidak menjejaskan kelayakan Cuti Tanpa Gaji
di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C 1974.
 
Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji tidak
menjejaskan status pegawai sebagai penjawat awam. Pegawai tertakluk kepada

peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

SALAM BUAT RUJUKAN..........