Isnin, 18 November 2019

Warkah Hati Yang Merindu

Lebih setahun aku menyepi
hari ini aku pinjam satu nukilan untuk tatapan semua yang tiada 
lagi ibu dan ayah....macam aku, 
Yang masih mempunyai ibu dan ayah,
jaga mereka dengan sepenuh hati,
Ingat kita semua akan menuju ke arah itu...


Nukilan ini khas kepada sesiapa yang sedang merindui orang yang telah pergi selamanya. Semua orang akan merasai kehilangan.

Saat Allah menguji dengan kehilangan orang yang kita sayang. Sakitnya lebih mendalam dari sepasang kekasih memutuskan percintaan walaupun dah bertahun bersama.

Kehilangan yang selalu di sisi, di hati serta di jiwa. Barang yang dicipta oleh manusia itupun ada tarikh luput inikan seorang manusia.

Bila mana tarikh terakhir sebagai musafir di dunia maka, Allah boleh mengambil apa yang dipinjamkanNya semula pada bila-bila masa.

Kehilangan ibarat dentuman halilintar yang memecah gunung ganang. Ia perit. Peritnya bagai dihiris-hiris hanya yang mengalaminya amat merasai.

Namun, ingatan itu mampu membuat kita selalu berdoa dari jauh kerana dia selalu ada dalam jalur masa hidup kita. Kita selalu memiliki sebuah perasaan bernama rindu. Rindu itu fitrah pada setiap manusia.

Tentu saja manusia yang ada perasaan akan memahami bahawa rindu adalah sangat indah untuk dimiliki.

Perasaan rindu tentunya adalah perasaan yang harus dikelola sebagaimana mengelola perasaan bahagia. Rindu secara umumnya merupakan bentuk emosi atau perasaan yang muncul dari manusia.
Kerinduan akan muncul jika kita memiliki satu ikatan emosional atau pengalaman yang benar-benar membekas pada suatu hal tersebut, kita akan merasa kehilangan.

Kerinduan yang banyak akan muncul jika kita memiliki pengaruh yang tinggi terhadap sesuatu itu.

Jika tidak, kerinduan tersebut dirasakan begitu sahaja. Rindu yang tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata malah sukar dilafazkan dengan perbuatan.

Andainya takdir seorang untuk melepaskan seseorang yang disayangi kembali kepada Sang Pencipta. Perindu yang terbaik adalah disaatkan melepaskan mereka kembali kepada Sang kekasih yang Abadi.

Bila gugurnya nama di pohon Syurga Allah, maka gerak geri bakal jenazah akan sentiasa diperhatikan. Tipulah kalau orang paling kita sayang, hilang dari hidup.

Hilanglah tempat bergantung selama ini. Melayari bahtera kehidupan tanpa nakhoda. Permata yang kita selalu sanjungi telah hilang sekelip mata.

Suatu hari, di saat aku terjatuh dan tersungkur mengenangkan nasib. Aku teringat akan penguat semangat aku yang telah lama hilang.

Jika dulu, aku selalu meluahkan segala perasaan yang terpahat di hati pada ibu ayah tetapi sekarang mereka hilang dengan dengan sekelip mata.

Aku pasrah. Aku hilang arah tuju. Tiada lagi tempat nak diluahkan. Ia terus membekas di dalam hati. Kadang kala aku hanyut dengan dunia aku sendiri.

“Ayah dan ibu benar hatiku rindu padamu,
Rindu ingin berjumpa mencium keningmu,
Aku ingin datang memeluk tubuh yang hebat itu,
Mengharap sentuhan lembut dari kedua tangan kalian.”

Oh Ibu, Oh Ayah,

Damailah engkau di sana bersama Kekasih Allah. Jangan bimbang tentang anakmu yang masih terkapai-kapai mencari erti kehidupan seorang diri tanpa ada belaian dan secebis kasih sayang dari insan yang bernama ibu dan ayah.

Anakmu berjanji akan meneruskan hidup tanpamu. Akan sentiasa mengingati bait-bait nasihatmu.

“Aku rindu…Sungguh aku rindu,
Entah bagaimana untuk menghibur lara yang enggan menghilang,
Ayah dan ibu semoga engkau di sana bahagia.

Maafkanlah atas kesalahan anakmu ini,
Maafkanlah yang belum boleh membalas jasa darimu.”

Jika dulunya, anakmu menjadi teruja untuk pulang ke kampung bertemu kalian berdua. Di sebalik sawah padi yang terbentang luas, terlihat dua kuntum senyuman yang tidak pernah lekang terhias di bibir. Juadah kegemaran terbentang luas menutup segala kerinduan.

Suatu malam, di saat hujan turun dengan lebatnya, Ibu dan ayah berpesan buat kali terakhir. Tidak ku jangka itu merupakan kata-kata terakhir yang bakal diingati sampai akhir hayat anakmu.

Pada kedinginan Subuh hari, satu deringan telefon yang tertera nama orang yang sangat aku kenali.

Saat aku mengangkat deringan telefon itu, lantas air mata mengalir umpama hujan yang turun semalam. Aku kaku. Aku masih tidak percaya.

Rupanya, Allah telah menggerakkan hati ibu dan ayahku untuk meninggalkan beberapa pesan untuk aku buat bekalan pada masa depan.

Hati aku luluh dan berderai. Walaupun semua ini telah lama berlaku, aku sudah belajar meredhai kepergian insan yang paling aku sayang.

Oh Ibu, Oh Ayah,

Doakan anakmu agar kuat untuk melayari pengembaraan walaupun hempedu yang patut anakmu telan. Rindu yang sukar dilafazkan. Hilangnya susuk tubuhmu dari penglihatan anakmu. Secebis doa dari kalian telah hilang buat anakmu. Anakmu rindu akan segala gelak tawamu.

“Ayah dan ibu anakmu di sini berjuang sendiri,
Tiada yang membantu anakmu berdiri,
Menghadapi dunia yang kejam akan cacian,
Terselok langkahku oleh duri rumput yang tajam.
Ampunkan anakmu ibu, Ampunkan anakmu Ayah,

Salah silap ketika kita bersama dahulu. Anakmu akan sentiasa berdoa agar kita berjumpa di Syurga nanti. InshaAllah.

“Doa-doaku mengiringi kebahagianmu di sana wahai ayah ibu,
Butiran tasbih mengelilingi nikmat pertolongan,
Lantunan ayat menerangi alam kubur yang gelap,
Tiada putus sujudku untuk menghantarkan sepucuk doa rindu.”

Melakukan amal soleh dengan menjauhi
diri dari melakukan kemaksiatan.

Menjaga silaturahim dengan keluarga dan
sahabat baik kedua ibu ayah.

Anak-anak perlulah sentiasa menziarahi pusara mereka
bagi yang sudah meninggal dunia.Bagi ibu bapa yang
masih hidup, anak-anak perlulah pulang kampung untuk
menziarah dan bertanya khabar.

Selesaikan hutang-hutang ibu ayah
yang sudah meninggal dunia.

Sayangilah ibu ayah kita semasa mereka masih hidup atau sewaktu mereka sudah meninggal dunia sekalipun.

Sesungguhnya sangat besar jasa mereka kepada kita sepanjang kehidupan mereka, dari waktu melahirkan sehinggalah mereka sudah tiada. Allah jua yang membalasnya nanti.

Al-Fatihah.

Artikel ini ditulis oleh Nor Aisyah Binti Samsudin

Ahad, 30 Disember 2018

CARA MENGHARGAI IBU BAPA


Mamaku bersama Anakku semasa konvo 
Mudah untuk mengatakan saya sayang ibu dan ayah saya. Adakah dengan ungkapan sahaja sudah menunjukkan kasih dan sayang kita kepada ibu dan ayah? Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Sesungguhnya kita semua sudah mengetahui bahawa syurga itu di tapak kaki ibu, tapi sejauh manakah kita menjaga syurga kita dalam hidup kita?
Ayah yang membanting tulang empat keratnya untuk membesarkan kita sehingga kita berjaya menjadi manusia yang bekerjaya di dunia ini. Apa balasan kita terhadap pengorbanannya? Terbayarkah kita setiap keringat yang di keluarkan oleh ayah untuk melihat kita berjaya? Hargailah ibu dan ayah selayaknya. Balaslah setiap pengorbanan mereka dengan kasih dah sayang kita.
Biar setinggi mana pun kejayaan kita hargailah mereka yang berkorban untuk kita. Bagaimana anda menghargai ibu dan ayah anda? Jadikanlah panduan ini untuk anda menyayangi insan yang bernama ibu dan ayah.
1. Lemah-Lembut Semasa Berbicara
Apabila manusia semakin berumur mereka lebih sensitif dalam setiap perkara. Lidah umpama belati yang tajam menghiris setiap hati manusia dengan kata-kata. Pastikan setiap bicara kita lemah-lembut apabila berhadapan dengan ibu dan ayah kita yang semakin berusia.
2. Gembirakan Hati Mereka
Semasa kecil, ibu dan ayah sentiasa memenuhi permintaan kita dengan harapan kita gembira. Balaslah jasa mereka dengan menggembirakan hati mereka. Tidak perlu duit beribu ringgit cukuplah kita prihatin dengan keperluan mereka. Gembira di sini terlalu banyak konteks yang boleh dibincangkan. Secara mudahnya, usah sesekali mengguris hati mereka.
3. Doakan Ibu Bapa
Doa merupakan senjata orang mukmin. Biar jauh beribu batu tapi jangan lupa mendoakan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat Doa juga pengikat kasih sayang antara ibu, ayah dan anak-anak. Ibu bapa bukannya mahukan wang ringgit, mereka cuba mahukan perhatian. Jika kita tidak dapat melihat mereka selalu, hantarkan doa pada mereka pada bila-bila masa. Lebih afdal, setiap kali selepas solat, titipkan doa untuk mereka.
4. Hubungi Mereka Walau Di mana Kita Berada
Hubungilah ibu dan ayah anda sekerap yang mungkin. Mengambil berat tentang mereka adalah tanggungjawab setiap anak. Gunakan kemudahan teknologi yang ada sekarang untuk menghubungi mereka.
Hargailah ibu dan ayah anda. Tanpa mereka siapalah kita. Cintailah mereka tanpa syarat,kerana kelahiranmu di dalam hidup mereka juga tidak bersyarat. Berkat kehidupan kita dengan redhanya kedua ibu bapa kita.
5. Hargai Mereka Pada Hari Lahir Kita
Biasanya, ramai orang menyambut ‘birthday’ dengan kawan-kawan. Jarang kita dengar ada yang hubungi ibu yang melahirkan kita. Ramai yang berseronok dengan kawan-kawan sehingga melupakan orang yang meraung kesakitan ketika melahirkan kita. Percayalah, setiap ibu akan menunggu anak-anak mengucapkan “Terima kasih mak” pada hari lahir anak-anaknya.
6. Peluk Dan Cium Ibu Bapa Selalu
Semakin mereka bertambah usia, semakin sensitif. Mahupun luaran tidak menunjukkan mereka ingin dipeluk dan disayang, ibu-bapa mahukan kasih sayang anak-anak yang semakin menjauh. Rumah yang pada masa dahulu penuh dengan hilai tawa, semakin suram. Anak-anak yang jarang melawat membuat mereka semakin terasa keseorangan. Pelukan dari cucu tidak sama dengan pelukan anak sendiri. Anda anda rasa sebak bila memeluk orang yang bertanggungjawab melahirkan kita.
7.  Bawa Mereka Melawat Saudara Mara Dan Kawan Lama
Usah ingat mereka tidak mahu melihat dunia luar. Jangan salah tafsir di sini. Mereka bukannya mahu di bawa ke Langkawi  atau Kota Kinabalu untuk bercuti hujung minggu atau semasa musim cuti sekolah. Bagi mereka, itu sudah lama berlalu. Jauh di sudut hati mereka, ibu-bapa mengharapkan anak-anak membawa mereka melawat saudara mara yang sudah lama tidak ketemu. Mereka dambakan pertemuan dengan kawan-kawan lama sekolah mereka, lebih-lebih lagi yang 20-30 tahun tidak berjumpa.
Mereka ingin mengimbau tempat mereka membesar, sekolah mereka belajar dan tempat mereka mula-mula memulakan kehidupan sebelum kelahiran mereka. Permintaan ini jarang dizahirkan oleh mereka. Semoga anak-anak lebih memahami kehendak ibu-bapa ini.
Sumber: siraplimau.com

Kenangan Bersama Mamaku sebelum pergi buat selama-lamanya dari Aku.
 Al Fatihah Buat Mamaku. Pada Tanggal 19 November 2018 perginya tak kembali




Selasa, 26 September 2017

CIRI2 ORANG YANG BERHATI BUSUK...

Manusia busuk hati ni ada kat mana2 jer uolss, kalau boleh weollss langsung tak nak mendekati diaorang kann??? bimbang dan takut2 kalau2 kita pula bakal menjadi mangsa kebusukkan hatinya. Tapi ada juga yang suka mendampingi mereka2 ni, tidak diketahui sama ada akalnya pendek atau terlalu naif atau ada agenda tersembunyi, hanya Allah yang tahu.

Ada orang cakap, "Bau busuk bangkai binatang kita boleh hidu, bau busuk hati manusia, susah kita nak hidu" dari pernyataan tersebut boleh kita simpulkan, untuk mengenal manusia berhati busuk adalah amat sukar, namun dengan pengalaman hidup, ianya tidak mustahil. 

Uolss mesti tau kan bahayanya manusia berhati busuk ni??? Ada pendapat mengaitkan busuk hati dengan perasaan cemburu dan hasad dengki, yes it's true, manusia busuk hati memang mudah berasa cemburu, cemburu dalam aspek negatif, ada cemburu yang positif di mana ia membuatkan seseorang itu berusaha lebih gigih untuk menjadi lebih baik daripada insan yang dicemburuinya.

Cemburu manusia busuk hati menjurus kepada sifat hasad dengki dan seterusnya membawa kepada perbuatan khianat, perbuatan khianat pula ada pelbagai jenis ok??? dari FITNAH, SABOTAJ, MENGADU DOMBA, MELAGA2KAN ORANG dan banyak lagi cabang perbuatan khianat. Sebutkan saja apa jenisnya, manusia2 yang busuk hatinya sanggup lakukan apa sahaja asal hatinya puas melihat orang lain SUSAH, DIAIBKAN, KERUGIAN, DITIMPA KECELAKAAN ATAU KEMALANGAN.

Mengenal manusia busuk hati tidaklah sesukar mana, berdasarkan sedikit pengalaman hidup dan sedikit kajian kita boleh mengenali atau mengesan adakah seseorang itu berhati busuk atau tidak. Antara cara paling senang nak kenal manusia busuk hati adalah dari cara pergaulan dan komunikasi mereka, kalau berbicara mereka lebih gemar berbicara tentang orang lain, si fulan itu, si anu ini, bicara tentang keburukan, kelemahan dan keaiban si fulan dan MEMPERSENDAKAN orang lain. Pantang nampak orang didengkinya, mula keluar cerita dari A sampai Z. Senang bahasa kita cakap MENGUMPAT dan MENGATA.

Orang lain rajin bekerja, kita kata mereka nak menunjuk2, nak bodek boss, kalau nampak orang lain beli kereta baru, rumah baru, kita tidak akan dengar mereka cakap "Untung si fulan, Allah bagi rezeki kat dia, bila la turn aku pulak nak dapat rezeki macam dia..." tapi yang akan kita dengar mungkin "Si fulan tu baru tukar kereta, Honda pulak tu, pangkat sama dengan aku je tapi mampu pakai Honda, tu tak de lain, kalau tak jual tanah pusaka, menang nombor ekor entah2 jual dadah..."

If uols ada mengenali mana2 individu sebegini, eloklah berhati2 berkawan dengan mereka, cuba fikir, hari ini mereka mengata orang lain, esok lusa apa yang akan menghalan mereka dari mengata dan mengeji diri weollss pulak??? If a person can talk bad about other person, it is not impossible for them to talk bad about us as well... *_^ wink... Kalau weollss sendiri memiliki sikap suka MENGUMPAT dan MENGATA orang dalam proses komunikasi harian, eloklah cari penawar hati dengan segera, cuba ubah sikap sedikit demi sedikit, banyak lagi topik perbualan yang boleh kita borakkan dengan kengkawan selain dari bercakap tentang orang lain.

Manusia busuk hati lebih percaya kepada perkara2 syirik, tahyul dan khurafat dari percaya kepada Allah. Percaya kepada bomoh atau popular masa kini orang panggil "mandrem". Berani iolss katakan, mereka amat memerlukan bomoh dalam hidup mereka, dalam keluarga mesti ada bomoh yang bertanggungjawab dalam melindungi diri mereka dan keluarga mereka dan juga untuk tujuan membuat khianat atau membalas dendam. Ya, memang ada bomoh hebat yang boleh santau orang, buat orang kena penyakit ganjil dan macam2 lagi, nak tau kenapa mereka HEBAT??? Sebab syaitan tolong jayakan usaha khianat dan salah satu salurannya ialah melalui kepercayaan manusia terhadap perkara2 syirik, tahyul dan khurafat seperti ini.

Andai kata manusia2 busuk hati ini ditimpa sakit atau bencana, dalam pemikiran mereka tidak ada benda lain. "Ni mesti si anu yang buat khianat..." nak tahu kenapa??? Kerana manusia busuk hati meletakkan imej mereka sendiri pada diri orang lain, selain dari percaya sesuatu yang berlaku itu dugaan dari Allah, mereka lebih suka memikirkan ia adalah perbuatan khianat orang lain sebab itu yang akan mereka lakukan kepada orang lain. Dah tentulah, sudah pasti manusia2 busuk hati ini akan melakukan perbuatan khianat terhadap orang yang didengkinya dan sekiranya mereka pula menimpa musibah, mereka akan menyangka ada orang berdendam dengan mereka, walhal ia adalah dugaan dari Allah SWT.

Ingatlah, doa insan teraniaya itu mudah dimakbulkan Allah SWT. Kita buat khianat terhadap seseorang, kita sabotaj mereka dan bilamana mereka menimpa musibah dari apa yang kita lakukan, maka mereka dikategorikan sebagai insan yang teraniaya. Andai terdetik di hatinya yang merasakan mungkin ada orang membuat khianat terhadapnya, lalu mereka mengerjakan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk dan doanya dimakbulkan. Apa yang uolss tahu bakal menimpa diri uols??? Manusia busuk hati tidak akan terfikirkan akan kemungkinan ini, mereka hanya fikir "Ini mesti kerja dia sebab nak balas dendam dengan aku..."

Manusia busuk hati selalu takut dan tertiup dengan bayang2 sendiri, lebih2 lagi kalau mereka banyak buat khianat kepada orang lain. Contoh ringkas, kereta uolss calar dan ia dicalarkan oleh manusia yang busuk hati kepada uols, paling teruk pun uolss merungut... "Tak guna betul, ni mesti budak2 nakal calarkan kereta aku, teruk betul la diaorang ni..." dan dengan izin Allah 2-3 lepas tu keretan orang yang busuk hati kepada uols pula dicalarkan, cuma kali ni keretanya betul2 dicalarkan oleh budak2 nakal, apa yang akan keluar dari mulut mereka??? "Ini mesti kerja si fulan ni sebab hari tu aku calarkan kereta dia..."... Nah, now uolss see tak, maksud iolss yang manusia busuk hati ni selalu takut dan tertipu dengan bayang sendiri???  

Bila hati dah busuk, fikiran dan mental pun akan rosak dan gagal berfikiran positif, hidup siang malam tak tenang, takut itu takut ini, takut ada orang nak balas dendam. Sebab tu iols katakan, manusia busuk hati amat2 memerlukan bomoh untuk melindungi diri mereka, ahli keluarga dan harta benda tanpa mereka sedar yang syaitan sedang mentertawakan mereka.

Manusia busuk hati mempunyai banyak idea untuk membuat khianat, kadang2 secara spontan mereka boleh fikirkan cara tak perlu perancangan teliti. Peralatan untuk membuat khianat sentiasa dibawa ke mana2 dan ada di mana2, paling ringkas mereka boleh isi batu kecil ke dalam penutup tiub tayar motor/kereta untuk buat khianat. Maka bila mangsa perbuatan khianat mereka dalam perjalanan pulang, motor/kereta akan pancit dan berjayalah misi manusia busuk hati itu. Nak buat macam mana lagi kann??? Dalam kepala asyik nak dengki dengan orang saja. Tak boleh tengok orang senang sikit, tak boleh tengok orang lebih sikit.

Kalau kita buat banyak pemerhatian dan kajian, tambahan pula ada pengalaman menjadi mangsa atau mungkin uolss sendiri pernah menjadi manusia busuk hati (choiii, mintak2 dijauhkanlah...), mungkin banyak lagi ciri2 yang boleh kita nampak pada manusia2 busuk hati ni. Tak kira dari pelbagai bangsa dan agama. Tak kira di mana2, di rumah atau di tempat kerja, di blog...mereka ini wujud, cuma kita sedar atau tidak sahaja. AWAS mereka boleh menikam dari belakang dan pandai bermuka2, perhatikan sekeliling uolss dari jiran tetangga hingga rakan sekerja, jika ciri2 manusia busuk hati ada pada mereka, cubalah bantu mereka MERAWAT HATINYA, tapi uolss perlu banyak bersabar dan bersedia menghadapi apa2 kemungkinan kerana seperti sedia maklum, manusia busuk hati suka membuat khianat. 


Perlu diingat juga, mereka pandai bersoaljawab walaupun terhadap perkara-perkara kebaikan, mereka juga suka memandang rendah, memperlekeh pandangan dan nasihat orang lain, mungkin anda pernah terbaca artikel "Kalau Allah itu Maha Baik, Mengapa buat Neraka?". Kalau uolss tidak bersedia untuk membantu mereka, jauhkan diri dari mereka, tapi dengan cara yang sopan dan lembut. Kalau uolss sendiri adalah manusia busuk hati, carilah penawarnya, rawatlah hati uolss. Banyakkan berdoa kepada Allah, banyakkan mendengar ceramah agama dan muhasabahlah diri anda. Moga2 taklah jadi manusia busuk hati.
Sumber 1
Sumber 2

Isnin, 17 April 2017

SISTEM APLIKASI DALAM KPM

KLIK SAHAJA....ON TERUS
Statistik Perkhidmatan Dalam Talian 2017
Dual Language Programme (DLP) Kursus Dalam Talian Untuk Guru Bahasa Melayu, Sains dan Matematik
Aplikasi Pengurusan Asrama Harian KPM (e-Asrama Harian)
Sistem Maklumat Penaziran (e-Nazir)
Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Guru Dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014
Sistem Keputusan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)
Sistem Pengurusan Sekolah
Sistem Permohonan Pelepasan Murid & Panduan Cuti Tanpa Rekod Guru Bagi Program Sukan
Sistem Program Transformasi Minda (PTM)
Sistem Profil Kerjaya Murid (SePKM)
Modul Pengurusan Murid (APDM)
Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS)
Sistem ePangkat
Sistem Maklumat Pendidikan Swasta (SMIPS)
Sistem eLaporan Bil
Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK)
Sistem Semakan Urusan Kenaikan Pangkat Secara Online
Semakan Senarai EFT dan Cek Batal
Modul Pengurusan Sekolah (eMIS)
Sistem Pengurusan Pertukaran Bukan Guru (e-Tukar Bukan Guru)
Sistem Pertukaran Guru (e-GTUKAR)
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM)
Sistem Pelaporan Isu Displin dan Pendidikan (e-PIDP)
Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISPPA)
Sistem Pengurusan Latihan (SPL KPM)
Portal Perpustakaan (OPAC) KPM
Modul Pengurusan Guru (e-Operasi)
Sistem Rancangan Pendidikan Individu (eRPI)
Sistem Modul Prestasi Pengurusan Guru (ePrestasi)
Sistem Data Dictionary Sektor Awam
Modul Pendaftaran Murid - Sistem Pendaftaran Atas Talian
SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR

Isnin, 10 April 2017

Antara Amalan Khurafat Orang Melayu


Diantara Jenis-Jenis Amalan Khurafat Orang Melayu
1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar.
Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial.
2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu.
Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.
3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan jurus kebatinan.
Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya dari Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.
4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya.
Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari al-Qur’an dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Qur’an mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta keapad batu atau kayu dan sebagainya.
5. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang telah lalu atau di masa akan datang.
Sebahagian daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun.
6. Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam Islam seperti kata-kata “Tabik Tok Nenek” ketika melalui sesuatu tempat atau “Minta simpang Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini.
7. Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang tsabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci.
Pada kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Maka sebab itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.
8. Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan alas an boleh menghindari dari gangguan makhluk halus.
9. Mengantung isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan tulisan yang bukannya ayat al-Qur’an atau sesuatu yang warid dalam agama.
10. Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam badan (menurun).
Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat berbeza sama sekali dengan manusia.
11. Mengamalkan ilmu pengasih
Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Qur’an yang ditokok tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.
12. Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah dan menjemput malaikat datang ke rumah.
Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada malam Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh para malaikat ataupun untuk menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama Hindu dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang kemudharatan kepada pelakunya.
13. Meletakkan air di dalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat “Air Malaikat”.
Sesungguhnya Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah SWT daripada Nur atau cahaya yang tidak pernah menderhakai Allah SWT walaupun mereka tidak mempunyai nafsu, tidak makan, minum, tidur, berkahwin, beranak ataupun melakukan sesuatu yang disebabkan nafsu. Maka bagaimana mungkin air boleh disediakan untuk minuman para malaikat? Ini adalah disebabkan kejahilan tentang perkara agama.
14. Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau.
Tujuan mereka untuk menguji ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan dengan seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat layak diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT.
15. Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau lainnya.
Merubah sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram. Seperti firman Allah dalam Surah at-Tin, ayat 4 :-
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)”.
16. Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan tubuh badan atau untuk kuatkan rangsangan seks.
Pemakaian raksa boleh mengkategorikan sebagai merubah ciptaan Allah SWT dan amaln sihir, kerana pemakaian raksa akan menyebabkan seseorang itu menjadi kuat, kebal, tidak penat bekerja berat. Jampi serapah serta amalan tertentu diperlukan untuk memasukkannya seperti pemakaian susuk.
17. Menggunakan objek untuk menakuti jin.
Menggunakan sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan takut kepada benda tersebut ataupun bermain dengannya, seperti menabur beras kunyit di dalam rumah, menabur kacang hijau atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka di rumah, meletakkan sesuatu benda yang berduri di dalam rumah.
18. Kepercayaan kepada kebolehan benda memberi mudharat dan manfaat.
Mempercayai sesuatu objek boleh memberi mudharat dan manfaat seperti batu zamrud, kayu koka, kemuning hitam, raja kayu, teras kilo dan buluh tumpat.
19. Kepercayaan kepada tuah keranda.
Lari dibawah keranda seseorang yang kita terlalu kasih supaya tidak teringat kepadanya.
Sebahagian dari fahaman khurafat yang masih lagi menyelubungi umat Islam dalam masyarakat kita ialah fahaman-fahaman seperti :-
Jangan makan nasi di dalam periuk atau belanga nanti jadi fakir.
Jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki.
Jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki.
Rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai ke atas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan.
20. Menzalimi binatang seperti amalan memindahkan penyakit kepada binatang atau menyihir seseorang dengan menggunakan katak atau binatang lain.
Tindakan menzalimi binatang dengan alasan untuk menyelamatkan manusia tidak dapat diterima akal dan syarak, bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati Allah SWT.
21. Kepercayaan kepada kebolehan seseorang mendatangkan mudharat atau manfaat.
Mempercayai seseorang wali, keramat atau seseorang seperti bomoh dan dukun boleh mendatangkan kemudharatan ataupun manfaat.
22. Kepercayaan kepada kejadian alam sebagai isyarat masa depan.
Mempercayai sesuatu perkara atau bunyi yang berlaku ada kaitan dengan apa-apa perkara atau kaitan dengan orang tertentu, seperti bunyi cicak atau burung, kucing atau biawak melintas dalam perjalanan akan membawa malapetaka.
23. Membaca ayat al-Qur’an secara songsang ataupun dihentikan pada tempat yang salah dari segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan syarak.
Umpamanya membaca surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan tujuan perubatan atau untuk menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain. Amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah SWT, yang mencela sikap golongan Yahudi yang mengubah-ubah ayat-ayat Allah di dalam kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi sesat.
“Di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata Dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Surah an-Nisa, ayat 46)
24. Kepercayaan kepada kebolehan wafaq.
Mempercayai wafaq atau huruf Hija’iyah yang tertentu, yang tertulis sama ada secara rajah ataupun tidak dan juga yang tidak dapat difahami maksudnya, dapat mendatangkan sesuatu manfaat ataupun mudharat. Ini adalah sebahagian dari amalan sihir yang menyesatkan. Apatah lagi jika dikaitkan dengan sesuatu fahaman dan iktikad umpamanya boleh melariskan perniagaan, mendekatkan jodoh dan menghindarkan penyakit.
25. Pengubatan yang bercanggah dengan Islam.
Berubat dengan kaedah yang salah dan haram disisi agama seperti menyembelih ayam jantan/hitam, makan bara api, menilik di dalam air atau asap, menitik lilin di dalam air untuk mengetahui sesuatu, mandi air najis, membuka, melihat dan menyentuh aurat pesakit tanpa hajat, berdua-duaan dengan pesakit.
26. Pengubatan dengan bahan harum.
Berubat dengan menggunakan bahan-bahan yang haram. Misalnya najis, darah, nanah, air longkang, kain lampin, tuala/modes wanita yang mengandungi kesan darah, sesuatu dari cebisan tubuh badan manusia, seperti rambut, kuku, gigi dan tulang manusia.
27. Upacara memanggil roh.
Mengadakan upacara Tahdhirul Arwah, kononnya untuk memanggil roh-roh tertentu masuk kedalam badan seseorang, seperti : memanggil roh Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani dan sebagainya.
28. Pengubatan tanpa sumber agama.
Berubat dengan kaedah yang tidak ada asal usul dalam ugama seperti ilmu cungkil urat dengan digaris-garis di hadapan jari kaki dan tangan yang diurut di atas sebuah papan dengan menggunakan pisau tumpul, menggunakan pahat atau penukul. Kononnya sebagai isyarat untuk memulihkan sendi atau uray yang sakit. Juga memaku paku di tiang rumah untuk menghilangkan sakit gigi, menggunakan keris, pisau, pedang dan gambar.
29. Pengubatan oleh bomoh bukan Muslim.
Berubat dengan bomoh bukan Islam, seperti : sami Hindu, sami Buddha, paderi Kristian dan tok batin Orang Asli yang menggunakan kaedah kepercayaan terhadap agamanya ataupun jampi serapah agamanya.
30. Mendakwa diri sebagai seorang kasysyaf.
Mendakwa diri sebagai seorang wali yang kasysyaf dan boleh melihat jin dan sebarang makhluk halus dan boleh menyembuhkan sebarang penyakit.
31. Mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik.
Seperti mesti memberi benda tajam, atau bayaran yang berjumlah suku seperti dua ringgit suku dan membawa pulut kuning dan telur berwarna.
Rujukan :
Menjana Masyarakat Beraqidah – Himpunan Kertas Kerja Seminar Motivasi Masyarakat Beraqidah Majlis Ilmu 2007, Cetakan Pertama : 2008, Diterbitkan oleh : Jabatan Perdana Mentiri, NBD.
KESAN-KESAN NEGATIF DARIPADA KEPERCAYAAN KHURAFAT
Kepercayaan khurafat boleh membawa kepada kesan negatif kepada seseorang manusia. Khurafat boleh menjadikan seseorang itu berlaku syirik kepada Allah swt kerana mempercayai sesuatu atau ada kuasa yang lain daripada Allah Taala yang mampu memberi pertolongan kepada mereka. Ini menyebabkan seseorang itu terkongkong kerana pantang larang yang diamalkan serta menyekat kebebasan berfikir yang mengakibatkan seseorang itu lemah dan mundur dalam segala hal.
Bahkan mereka sanggup menghabiskan wang, tenaga dan membuang masa mereka dengan sia-sia. Akhirnya perkara tersebut menyebabkan berlakunya huru hara dan perpecahan dalam masyarakat kita.
CARA-CARA MENGATASI ATAU MENGHAPUSKAN KEPERCAYAAN KHURAFAT

Untuk membenteras dan menghalang dari berlakunya kepercayaan khurafat di kalangan masyarakat hari ini usaha-usaha da’wah dan penerangan kepada semua peringkat umat Islam perlu dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang melakukan perkara khurafat iaitu dengan mengenakan hukuman yang berat serta menghapuskan tempat-tempat yang menjadi tempat pemujaan mereka seperti bina-binaan di atas kubur yang dianggap keramat.
sumber dari internet