Maksudnya: “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
telah bersabda:
“Barangsiapa yang
mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan
dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Riwayat
Muslim)
Setiap tahun, kita umat
Islam berpuasa di bulan Ramadan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati
di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan
malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat tarawih,
sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.
Oleh itu supaya kita
sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun
ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam
“Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah S.W.T. pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud:
“Malam Lailatul Qadar itu
lebih baik dari seribu bulan yang lain”
dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya
yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
“Barangsiapa yang
mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan
dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”,
maka eloklah kita
mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara sembahyang sunat tarawih dan witir
supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.
Hukum Sembahyang Sunat
Tarawih
a) Hukumnya
sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki
dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan
atau berjemaah.
b) Sunat
dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang- orang Islam.
Waktu Sembahyang Sunat
Tarawih
Ialah selepas menunaikan
sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
Rakaat Sembahyang Sunat
Tarawih
i. Pada
umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih
sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunai-kan sekadar 8 rakaat
sahaja.
ii. Pada
zaman Rasulullah s.a.w. sembah-yang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja
supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagai-manapun terdapat juga
hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengerjakan
sebanyak 20 rakaat.
iii. Pada
zaman Khalifah Omar bin al-Khattab r.a. pula beliau melaksanakannya sebanyak 20
rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu
tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
iv. Sembahyang
sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali
takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang
dikehendaki.
v. Lafaz
Niat Sembahyang Sunat Tarawih:
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua
rakaat makmum kerana Allah Taala.)
Rukun Sembahyang Sunat
Tarawih
Rukun sembahyang sunat tarawih ini samalah dengan rukun
sembahyang yang lain juga.
Kaifat/Cara Sembahyang
Sunat Tarawih 20 Rakaat:
i) Bacaan
Surah Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat sembahyang sunat
tarawih ini, dibaca pula surah-surah yang tertentu:
Dari malam 1
hingga 15 Ramadan:
a) Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula
dari surah at-Takasur
Dari malam 16
hingga akhir Ramadan:
a) Pada
tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
b) Pada
tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat
yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu
bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.
Peringatan
Lafaz niat yang
digunakan dalam risalah ini untuk makmum sahaja. Oleh itu perkataan “Makmuman”
itu tukarlah kepada “Imaman” jika menjadi imam atau buang langsung jika
sembahyang seorang diri.
Panduan Sembahyang Tarawih (untuk muat turun)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan