Di bulan Ramadhan terdapat satu malam yang istimewa yang
dipanggil malam Lailatul Qadar di mana disebutkan dalam
Al-Quran sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan (Al-Qadr : 2). Sebagai
manusia biasa, sesungguhnya tiada yang mengetahui bilakah akan terjadi malam
Lailatul Qadar itu melainkan Allah SWT, namun para ilmuan dan ulama ada memberikan
beberapa tanda – tanda berlakunya malam Lailatul Qadar yang pastinya ditunggu
oleh Umat Islam di seluruh dunia.
Para ulama antaranya
Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja
di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh
bagi mencarinya.
Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam juga berkongsi mengenai tanda-tanda
Lailatul Qadar, Tanda-tanda Lailatul Qadar ada tanda dalaman
pada diri dan juga tanda luaran.
Tanda dalaman
1) Hati akan merasa
sangat hiba pada malam tersebut.
2) Air mata mudah mengalir deras lebih daripada biasa
3) Jantung berdebar lebih daripada biasa
4) Badan menggeletar lebih daripasa biasa
2) Air mata mudah mengalir deras lebih daripada biasa
3) Jantung berdebar lebih daripada biasa
4) Badan menggeletar lebih daripasa biasa
Tanda luaran
1) Jika musim
tersebut musim dingin, malam tersebut tidak terlalu dingin
2) Jika malam tersebut angin bertiup, maka angin yang bertiup tidak terlalu kencang
3) Jika malam tersebut hujan, hujan turun tidak terlalu lebat
4) Tidak kedengaran bunyi anjing menyalak pada malam tersebut
2) Jika malam tersebut angin bertiup, maka angin yang bertiup tidak terlalu kencang
3) Jika malam tersebut hujan, hujan turun tidak terlalu lebat
4) Tidak kedengaran bunyi anjing menyalak pada malam tersebut
Tanda selepas (keesokan hari nya)
Pagi hari matahari akan terbit muram sedikit, tidak secerah
biasa, cahayanya seperti keadaan malam sedikit
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi
individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak
memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu
dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana
suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya
mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala
di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak
muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman
Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Masa Berlakunya Malam Lailatul Qadar
Pendapat kuat mengatakan bahawa malam Lailatul Qadar
berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan sesuai dengan hadis Nabi
Muhammad SAW.
Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di
sepuluh malam terakhir Ramadhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang
lain” ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya
berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Seperti dalam hadis berikut.
Wallahu a’lam.
“Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari
bulan ramadhan”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada
tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza
dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan
Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar
diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan
seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya.
Wallahu a’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan